BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 8, 2011

al fatihah

hari ni genap 40 hari pemergian seorang wanita yang sangat disayangi. segala kenangan bersamanya sentiasa segar diingatan...aku igt lagi saat-saat aku terima msg dari adk aku pada hari ahad pagi..adk ckp 'mak sakit...da bw p klinik..xtau masuk hospital ke x lg..dr tgh check" pada 27 feb 2011 jam 10.26 pg..aku trus kol..terkejut..baru je sabtu malam ahad aku berbual ngn mak..mak ada bgtau dia tak lalu makan..tak da selera katanya..aku cuma anggap mak rindukan aku..yela aku keja jauh di selatan..sangat tak sangka..

bila kol..adik bgtau pg 2 mak muntah2 dan sesak nafas kat bilik air..ayah bw ke pangkin dan bila tgk keadaan mak yg sakit ayah ajar mak syahadah..adk trus kol abg2 aku yg kebetulan semuanya tinggal di kawasan situ..walau pun hati berdebar2 tapi aku kuatkan semangat dengan tidak putus2 berdoa semoga mak sihat kembali..abg sulung aku tiba dan terus membacakan yasin..air yang dibaca diberi kepada mak tapi mak tak dapat telan air tu kerana rasa nak muntah..abg kedua datang terus telefon ambulans..

aku yang dari jauh sempat berpesan pada adik aku untuk update segala detail terbaru mak..tak lama kemudian adk aku msg lagi bgtau mak dibawa ke hospital dan ditahan kerana disyaki kencing kotor..aku trus kol isteri abg kedua aku kerana dia yang ada di hospital waktu tu..kak ipar aku yang bgtau semuanya ok n tak perlu risau..keaadaan mak dah stabil tapi air masih dimasukkan dan ditukar mengikut waktu jam yg doktor tetapkan..alhamdulillah..lega aku dengar berita dari kak ipar aku..n mak jgk sempat meminta untuk dipindahkan bilik kerana tak selesa di bilik hospital yg rmai n kak ipar aku pun booked bilik vip..tapi doktor tak izinkan lagi kerana mak masih di bawah pemantauan..kata doktor, mak boleh pndah masuk bilik baru keesokan hari..

hari isnin,27 feb pagi aku sampai ke sekolah seperti biasa kul 645 pagi..selesai parking..abg kedua aku kol bgtau mak takda respon..tolong balik segera..mak da di wad ccu..aku tergamam..ya Allah..kau kuatkanla jiwa dan semangat aku..berikanlah kesihatan yang baik untuk mak..terus aku naik pejabat isi borang cuti dan terus drive balik dari johor ke kedah..perjalanan yg selalu ambil masa 8 jam mnjadi 5-6 jam saja..aku terus memecut laju tanpa menghiraukan lampu amaran dari hiway bertentangan..aku tahu itu signal ada road block..tapi aku da tak mampu berfikir panjag..dipecutkan 160-180 km/jam di lorong sebelah kanan dan seperti yang dijangka aku ditahan trafik kerana over speed..dalam keadaan menangis teresak-esak aku memberitahu encik polis yang aku dari sekolah menuju ke kedah kerana mak aku tenat di hospital..aku da tak daya menahan air mata ni gugur..polis seakan memahami keaadaan aku dan terus izinkan aku meneruskan perjalanan..

tepat jam 1 tgh hari aku sampai ke hospital dan terus menuju naik ke wad ccu..sekali lagi airmata aku gugur melihat seluruh badan mak aku berselirat dengan wayar dan tiub..kak ipar aku memujuk aku..dan aku diberitahu yang mak aku akan dibawa ke hospital sungai petani kerana hospital kulim tak da ct-scan untuk scan otak..aku ikut ambulans menemani mak aku ke hospital s.p..itulah pengalaman pertama aku naik ambulans..melambung-lambung aku di dalamnya..tapi hati ini tak putus2 berdoa semoga Allah memberi peluang kepada mak aku..selesai scan aku orang pertama yg diberitahu bahawa amat tipis untuk mak aku terus hidup kerana bahagian otak yg mengawal sistem pernafasan dan kawalan telah mati dan mak aku disahkan kena strik mojor..aku tak mampu berkata2..sepanjang perjalanan balik semula ke kulim bercucuran airmata aku jatuh sambil aku tak berhenti2 membacakan surah al fatihah untuk mak..walopun doktor beritahu berita sedih tapi jauh di sudut hati aku, aku tetap rasa masih ada peluang keajaiban berlaku..

setibanya aku di kulim pada kul 3 ptg, semua family adik beradik aku dah menunggu di kawasan kecemasan..kami dibawa berjumpa doktor pakar dan sekali lagi aku mendengar penerangan yang sama..untuk setakat ini, mak diberi bantuan oksigen menggunakan mesin..dalam tempoh 48 jam doktor2 akan cuba mencari tindakan respon mak terutama deria2 penting..selepas tempoh itu, jika tiada respon doktor terpaksa menghentikan saluran oksigen dan mengizinkan mak di bawa pulang...selepas sesi taklimat, kami adik beradik berkumpul untuk membuat sistem giliran menjaga mak..aku pulang dulu dgn ayah n adik coz kakak bersetuju menjaga mak..lepas isyak baru aku akan datang semula..tapi sebelum balik aku sempat solat jamak takdim di surau hospital..dalam doa itu..aku mohon agar dipanjangkan usia mak..diberikan keajaiban..tapi sekiranya hidup mak akan terseksa walaupun berjaya aku redha jika itu yang terbaik untuk dia..sambil berlinangan airmata aku mengaminkan doa..

malam tu selepas isyak aku sampai brsama ayah n adik..aku dan adik membaca yasin dahulu kerana bilik tu terhad untuk 2 org sj..selesai baca yasin aku kucup dahi n tangan mak..ayah kemudian mengambil alih baca yasin..selesai saja ayah mmbaca yasin mak menghembuskan nafasnya..radar mesin itu berbunyi n wave menjadi 1 line..setelah diberitahu berita itu hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa itu..aku masih tak dpat percaya kerana segalanya berlaku dengan pantas..tapi aku redha kerana aku yakin Allah lebih menyayangi mak...28 feb 2011 jam 9.55 malam mak telah meninggalkan kami semua...

ya Allah..kau tempatkanlah Kamariah Ahmad di kalangan orang yang beriman....al fatihah..sesungguhnya bila aku merindui mak aku sedekahkan al fatihah untuk dia...

2 comments:

Lady of Leisure said...

my dear.. please be strong.. sedih sangat membaca, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. aku sentiasa doakan yr mom tenang di sana.. HUGS..

Merpati Putih said...

thanx frens..thanx for be by my side..may Allah bless all of us...aminnn